- Pep. Sem 1 - Kertas 2 - sila buat pembetulan untuk setiap soalan yang anda salah beri jawapan. Kertas 1 - Salin sebanyak 5 kali soalan yang anda salah kemudian berikan jawapan betul.
- Latihan tambahan - buat semua 10 soalan dalam Kertas 2 STPM 2008.
- Semua kerja harus dihantar pada hari pertama persekolahan selepas cuti.
- Kegagalan menghantar tanpa alasan munasabah, anma anda akan diberi kepada pengetua, untuk simpanan. tq happy holidays dan kotobian tadau tagayo do kaamatan.
Sunday, May 31, 2009
Kerja Masa Cuti
Learning To Score 2006 1 KERTAS 2 SET 1
Skema Jawapan
BAHAGIAN A
1. Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing mendapat rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan. Pengenalan Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara sambil menjalani atau untuk mendapatkan rawatan. Pelancongan kesihatan mempunyai peranan yang penting dalam memajukan ekonomi negara.
Bil
Idea
Huraian
1.
A. Peranan Menjana tukaran asing
Pelancong bersama keluarga membawa masuk wang ke negara ini untuk melancong dan rawatan. Meningkatkan pendapatan negara.
2.
Peningkatan bilangan hospital swasta bertaraf dunia.
Penyediaan perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia serta dilengkapi dengan peralatan dan prasarana yang canggih. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
3.
Menggalakkan perkembangan perubatan tradisional/berasaskan herba.
Terdapat pelancong (terutama dari Eropah) yang memilih menggunakan perubatan tradisional. Struktur muka bumi Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna di samping amalan tradisi mampu menarik pelancong untuk berubat malah mempelajari bahan perubatan tradisional.
4.
Meningkatkan industri insurans.
Menggalakkan pelancong membeli kemudahan insurans. Pelancong menikmati kos rawatan yang murah dan mudah kerana kos perbelanjaan ditanggung oleh syarikat insurans.
5.
B. Masalah Menyalahgunakan pas/visa/dokumen lawatan
Rakyat asing mengambil kesempatan bekerja di pusat kesihatan dan spa sebagai tukang urut atau pelacur. Tanggapan salah terhadap industri pelancongan kesihatan. Mengembangkan aktiviti tidak bermoral.
6.
Kekurangan pegawai perubatan kerajaan/kehilangan kepakaran
Doktor dan jururawat kerajaan telah ditawarkan pendapatan yang lumayan oleh pihak hospital swasta. Hospital swasta akan mengenakan bayaran rawatan yang lebih tinggi bagi menampung kos. Hospital kerajaan pula akan kekurangan pakar perubatan.
7.
Menikmati rawatan dan kemudahan perubatan untuk rakyat tempatan.
Menerima rawatan dan kemudahan di hospital-hospital kerajaan. Memalsukan dokumen dan tidak melunaskan bil/caj perubatan.
8.
Pengamal kesihatan yang tidak diiktiraf/tidak sah
Pusat kesihatan dan kecantikan yang tidak sah. Operasi pusat kesihatan yang tidak bertanggungjawab dan hanya mengaut keuntungan peribadi. Menawarkan pelbagai pakej yang mutu rawatannya meragukan.
Penutup Golongan OKU harus diberi perhatian yang sewajarnya. Mereka perlu mencari rezeki yang halal dan diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka.
Skema : 2+2.
4. Ekosistem pesisiran pantai dan lautan sering terjejas akibat daripada aktiviti manusia yang kurang beretika dalam peningkatan kualiti hidup. Bincangkan.
Pengenalan
Lautan dan zon pesisiran pantai merupakan ekosistem seimbang dan sensitif yang sentiasa terancam oleh aktiviti manusia.
Bil.
Idea
Huraian
1
A. Aktiviti pesisir pantai
Efluen sisa toksik dari industri.
Sisa toksik termasuk semua jenis sisa bahan yang mudah terbakar, mudah menghakis. Sisa toksik dari kilang disalurkan ke laut. Hidrokarbon petroleum, logam-logam berat mencemarkan laut.
2
Pembuangan domestik
Pengguna membuang sampah ataupun sisa ke dalam sungai dan laut. Pengusaha hotel, restoran tepi pantai membuang sisa pepejal ke laut. Buangan air berminyak daripada bahan kumbahan yang tidak dirawat
3
Penebangan hutan bakau
Hutan paya bakau sebagai agen pemecah ombak dan penyaring sampah semulajadi. Pengubahan ekosistem kepada kawasan industri akuakultur (cth : udang) mengakibatkan hakisan, dan gangguan ekosistem pantai.
4
Kegiatan industri pertanian
Membuang sisa racun makhluk perosak ke sungai, laut. Penggunaan baja yang berlebihan.
5
B. Aktiviti di lautan
Tumpahan minyak
Tumpahan minyak oleh kapal tangki.aktiviti penghasilan minyak dan gas di laut .Operasi loji pembersihan minyak.
6
Ujian senjata nuklear
Negara-negara Kuasa Nuklear sering menjalankan ujian senjata nuklear di lautan. (Pasifik, kutub)
Mencemarkan lautan – radioaktif, uranium, plutonium.
7
Penangkapan ikan laut dalam
Aktiviti penangkapan laut dalam mencemarkan laut.
Penggunaan pukat harimau telah memusnahkan hidupan akuatik pra-matang.
Penutup
Secara tidak langsung akan merosakkan keindahan kawasan pelancongan dan sumber perikanan. Langkah sewajarnya perlu diambil.
Skema 2+2
BAHAGIAN C
5(a)
(i) Pemilihan kaedah yang paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan adalah berasaskan sistem francais.
(ii)
1. Suatu format pengurusan perniagaan yang lebih teratur dan mampu menguasai pasaran yang luas
2. Sistem perniagaan yang membentuk pengkongsian dalam aspek operasi, nama dagangan dan pendapatan
3. Mewujudkan suatu sistem yang seragam yang diselaraskan kepada semua ahli, pemilihan lokasi dan modal
4. Menghapuskan imej individu pemilik perniagaan
5. Sistem perniagaan yang mengamalkan konsep `menang-menang` yang memupuk budaya kerjasama
5(b)
(i) Sikap dan pengaruh rakan
(ii)
1. Permuafakatan bestari pihak sekolah – ibubapa/masyarakat – polis
2. Tindakan tegas badan disiplin dan keberkesanan Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Pemantauan Jabatan / Pejabat pelajaran
4. Program pembangunan sahsiah secara berterusan di rumah dan sekolah, cth budaya kasih sayang.
6(a)
(i) Pengubahsuaian organisma melalui proses pemindahan gen untuk menghasilkan
produk baru.
(ii)
1. Mengancam kesihatan manusia seperti penyakit kanser.
2. Teknologi menggalakkan penggunaan racun rumpai dan racun serangga berlebihan akan memusnahkan semua tumbuhan dan binatang dalam persekitaran / dan bahan-bahan lain yang memudaratkan tumbuhan dan binatang. Penggunaan pestisid dan herbasid yang berlebihan memusnahkan tumbuhan dan binatang dalam persekitaran.
3. Gen Pemusnah - teknologi memusnahkan alam sekitar semula jadi. Tanaman dan tidak mampu menghasilkan pertumbuhan baru
6(b)
(i) Apabila saluran arteri koronari menjadi sempit.
(ii)
1. Amalan pemakanan/diet yang seimbang
2. Pergerakan fizikal/senaman/psikomotor/rekreasi/Gaya hidup/ meditasi
3. Elakkan penagihan – rokok / alkohol / mengambil ubatan yang berlebihan.
4. Rawatan berkala di hospital dan klinik
BAHAGIAN B
3. Hutan negara membekalkan pelbagai sumber yang penting kepada hidupan. Aktiviti manusia telah mengancam keseimbangan biodiversiti. Justeru, hutan perlu dipulihara. Bincangkan.
Pengenalan
Hutan merupakan sumber alam yang boleh diperbaharui. Namun, kajian oleh PBB menunjukkan seluas 17 juta hektar dimusnahkan setiap tahun.
Bil
Idea
Huraian
1
A. Ancaman
Kepupusan flora dan fauna
Penerokaan hutan untuk petempatan,perkilangan, pertanian serta pembalakan.Menjejaskan sumber makanan dan tempat perlindungan hidupan liar di hutan.Menyebabkan kematian serta kepupusan hidupan liar.Pemusnahan hutan akan turut memusnahkan sumber genetik.
2
Kemusnahan kawasan tadahan hujan
Kawasan hutan digondolkan. Akar tidak dapat mencengkam tanah dan larian air permukaan menjadi deras. Struktur tanah menjadi longgar dan mengakibatkan hakisan.
3
Menjejaskan ekosistem
Pemusnahan hutan mengganggu keseimbangan oksigen dan karbon dioksida di atmosfera.
Menjejaskan proses fotosistesis. Menjejaskan hidupan lain. Berlaku perubahan iklim dunia seperti pemanasan global.
4
B. Kepentingan
Mengekalkan habitat
Pemuliharaan hutan memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.Tempat perlindungan hidupan liar dan rantaian makanan terpelihara.
5
Penyelidikan dan pembangunan
Hutan sebagai sumber penyelidikan. Menghasilkan baka baru. Menjadi disiplin ilmu baru.
6
Sumber perubatan herba
Sumber perubatan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, dan sebagainya diperoleh dari hutan.Sebagai sumber perubatan alternatif berasaskan herba.
Penutup
Tidak dapat dinafikan bahawa pemusnahan hutan menjadi isu persekitaran yang kian meruncing dan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Pep Sem I (6A)
Bahagian A
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]
1. Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing mendapat rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan. 2. Kebiasaannya Orang Kurang Upaya (OKU) menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian. Masalah ini menjadi punca sesetengah majikan enggan mengambil orang kurang upaya bekerja di syarikat mereka. Bincangkan.
Bahagian B

3. Hutan negara membekalkan pelbagai sumber yang penting kepada hidupan. Aktiviti manusia telah mengancam keseimbangan biodervisiti. Justeru, hutan perlu dipulihara. Bincangkan.
4. Ekosistem pesisiran pantai dan lautan sering terjejas akibat daripada aktiviti manusia yang kurang beretika dalam peningkatan kualiti hidup.
Bincangkan.
Bahagian C
Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan 6(a) atau 6(b).
5(a) “Sistem francais merupakan satu rangkaian perniagaan yang boleh menguntungkan usahawan. Pemilihan kaedah yang paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan haruslah berasaskan sistem francais. Perniagaan melalui sistem francais adalah salah satu kaedah terbaik dan tindakan menukar bentuk perniagaan kepada perniagaan ini mampu memberi banyak kelebihan dan dapat meningkatkan taraf hidup usahawan. “
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi Ogos, 2003 )
(i) Apakah pemilihan utama untuk mengembangkan perniagaan?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan kelebihan sistem francais.
ATAU
2 SULIT*
5(b) “ Penglibatan remaja dalam gejala samseng dikaitkan dengan perasaan bangga kerana dapat membuktikan kejaguhan kepada rakan setelah dicabar. Remaja mahu dikatakan hebat di kalangan mereka walaupun mengetahui bahawa perbuatan samseng hanya budaya ikut-ikutan atau kerana provokasi daripada rakan-rakan. “
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Zainal Madon dan Mohd Sharom Ahmad,
“ Panduan Pengurus Remaja Moden, 2004 )
(i) Apakah yang mendorong remaja melakukan kegiatan gengsterisme ?
(iii) Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan usaha pihak sekolah untuk menangani budaya gengsterisme di sekolah.
6(a) “ Kaedah Ubah Suai Genetik ( Genetically Modified Organisme ) atau Organisma Transgenik merupakan kaedah sains teknologi yang mengubah organisma melalui pemindahan gen. GMO adalah satu terma am yang merujuk kepada haiwan dan tumbuhan yang telah diubahsuai kod genetiknya kepada produk baru dengan menggunakan teknik kejuruteraan genetik dan bioteknologi. Perkembangan utama GMO adalah kemunculan spesies baru yang yang imun kepada pestisid dan herbisid
(Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, November 2003)
(i) Apakah kaedah Organisma Transgenik?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan-kesan sampingan kaedah Ubah Suai Genetik terhadap organisma.
ATAU
6(b) “Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu yang sangat digeruni. Penyakit jantung berlaku apabila saluran arteri koronari yang membekalkan darah pada jantung menjadi sempit. Golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah individu yang mengidap kencing manis,darah tinggi dan penyakit kronik yang lain, faktor genetik dan amalan diet yang buruk.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Minda, 2004)
(i) Bagaimanakah terjadi penyakit jantung?
(ii) Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan bagaimanakah cara untuk mengelak daripada mengidap penyakit jantung?
3 SULIT*
Bahagian D
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]
7. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai menunjukkan perbandingan hasil eksport utama Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2004 dan 2005.
Pada tahun 2004 hasil eksport utama negara adalah sebanyak RM 390 000 juta. Jumlah ini telah bertambah sebanyak RM 25 000 juta pada tahun berikutnya. Pertambahan ini berlaku disebabkan program-program untuk meningkatkan hasil eksport telah berjaya dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antara bangsa dan Industri telah berusaha untuk menambahkan hasil pendapatan negara melalui perdagangan.
Hasil eksport utama yang paling besar pada tahun 2004 adalah keluaran elektrik dan elektronik iaitu sebanyak RM 241 483 juta atau sebanyak 61.92% daripada jumlah keseluruhan eksport. Manakala hasil eksport yang paling kecil sumbangannya adalah getah iaitu sebanyak RM 5 197 juta. Hasil eksport getah tidak berubah bagi tahun berikutnya.
Meskipun minyak kelapa sawit masih mendapat sambutan yang baik di kalangan negara-negara pengimport tetapi jumlah eksport pada tahun 2004 adalah sebanyak RM 29116 juta. Manakala pada tahun 2005 pula eksport minyak kelapa sawit telah menurun sebanyak RM 2 919 juta berbanding tahun sebelumnya.
Mutu petroleum mentah negara kita adalah antara yang terbaik di dunia. Negara kita telah memperoleh hasil eksport petroleum sebanyak RM 21 762 juta pada tahun 2004 dan RM 26 461 juta pada tahun 2005. Gas asli cecair pula telah menyumbang sebanyak 4.38% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 2004 dan meningkat sebanyak RM 1 493 juta pada tahun 2005.
Negara-negara maju telah menyalahkan negara-negara Dunia Ketiga memusnahkan alam sekitar melalui kegiatan pembalakan. Ekoran daripada itu negara kita telah mengawal pengeluaran kayu balak selaras dengan kehendak global supaya alam sekitar terpelihara.Justeru, pada tahun 2005, pengeluaran kayu balak telah merosot kepada RM 19 441 juta berbanding tahun 2004 sebanyak RM 19 778 juta.
Permintaan terhadap barang elektrik dan elektronik telah menurun sebanyak RM 1 456 juta pada tahun 2005. Penurunan ini mungkin disebabkan saingan yang hebat antara negara-negara pengeksport yang lain.
Hasrat kerajaan untuk menambahkan hasil eksport negara hanya akan tercapai dengan kerjasama yang padu antara agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Statistik Malaysia,2005)
4 SULIT*
8. Berdasarkan petikan di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan nilai import makanan yang terpilih bagi tahun-tahun yang diliputi.
Menerusi Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk mengurangkan import makanan. Namun, masih ada beberapa jenis makanan yang terpilih perlu diimport dari negara-negara rakan dagangan kita. Nilai import makanan negara kita adalah tinggi dan sebahagian besar daripada pendapatan negara telah mengalir keluar untuk pembiayaan tersebut. Langkah pengurangan import yang dilaksanakan oleh kerajaan telah mengurangkan nilai import makanan dari tahun 1999 hingga 2002.
Pada tahun 1999 nilai import makanan yang terpilih adalah sebanyak RM 4 396.1 juta dan telah berkurangan kepada RM 4 322.3 juta pada tahun 2000. Pada tahun 2001 telah berkurang sebanyak RM 27.6 juta berbanding tahun sebelumnya dan nilai import ini terus menurun kepada RM 4 107.2 juta pada tahun 2002.
Jagung merupakan import makanan terbesar pada tahun 1999 iaitu lebih kurang 25.35% daripada jumlah keseluruhan. Namun nilai import jagung telah menurun kepada RM 1 088.6 juta pada tahun 2002. Nilai import pada tahun 2001 berkurang sebanyak RM 132.3 juta berbanding tahun 2002, manakala nilai import jagung pada tahun 2000 adalah sebanyak RM 1 088.5 juta.
Seterusnya nilai import susu krim dan tepung adalah sebanyak RM 772.4 juta pada tahun 1999. Nilai ini telah meningkat kepada RM 869.8 juta pada tahun berikutnya. Permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna menyebabkan nilai import telah meningkat kepada RM 938.2 juta pada tahun 2001. Usaha kerajaan untuk mengurangkan import telah menunjukkan kesan apabila nilai import pada tahun 2002 hanya mencatat sebanyak RM 765.2 juta.
Gandum merupakan salah satu import makanan yang tinggi berbanding makanan lain. Pada tahun 1999 import gandum adalah sebanyak RM 818.2 juta tetapi pada tahun berikutnya telah menampakkan penurunan sebanyak RM 107.3 juta. Import gandum masing-masing sebanyak RM 783.3 juta dan RM 766.4 juta bagi tahun 2001 dan 2002.
Makanan rakyat Malaysia kebanyakannya berasaskan gula seperti kuih-muih yang menjadi salah satu hidangan utama. Pada tahun 1999 sahaja, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 972.3 juta untuk import gula. Nilai import gula menurun sedikit pada tahun 2000 iaitu kepada RM 963.8 juta. Namun, pada tahun 2001 import gula telah meningkat kepada RM 1 087.2 juta. Nilai import gula kembali menurun kepada RM 976.9 juta pada tahun berikutnya.
Kerajaan masih bergantung kepada import dari negara luar untuk menampung bekalan beras negara. Pada tahun 1999 sebanyak RM 718.9 juta beras telah dimport dan nilai ini menurun pada tahun 2000 iaitu hanya mencatat sebanyak RM 689.3 juta. Kerajaan telah berjaya mengurangkan import beras kerana pada tahun 2001 hanya sebanyak RM 529.7 juta sahaja yang diimport. Nilai import ini berkurang lagi sebanyak RM 19.6 juta pada tahun 2002 berbanding import pada tahun sebelumnya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003)
5 SULIT*

Subscribe to:
Posts (Atom)