Sunday, May 31, 2009

Learning To Score 2006 1 KERTAS 2 SET 1
Skema Jawapan
BAHAGIAN A
1. Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing mendapat rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan. Pengenalan Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara sambil menjalani atau untuk mendapatkan rawatan. Pelancongan kesihatan mempunyai peranan yang penting dalam memajukan ekonomi negara.
Bil
Idea
Huraian
1.
A. Peranan Menjana tukaran asing
Pelancong bersama keluarga membawa masuk wang ke negara ini untuk melancong dan rawatan. Meningkatkan pendapatan negara.
2.
Peningkatan bilangan hospital swasta bertaraf dunia.
Penyediaan perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia serta dilengkapi dengan peralatan dan prasarana yang canggih. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
3.
Menggalakkan perkembangan perubatan tradisional/berasaskan herba.
Terdapat pelancong (terutama dari Eropah) yang memilih menggunakan perubatan tradisional. Struktur muka bumi Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna di samping amalan tradisi mampu menarik pelancong untuk berubat malah mempelajari bahan perubatan tradisional.
4.
Meningkatkan industri insurans.
Menggalakkan pelancong membeli kemudahan insurans. Pelancong menikmati kos rawatan yang murah dan mudah kerana kos perbelanjaan ditanggung oleh syarikat insurans.
5.
B. Masalah Menyalahgunakan pas/visa/dokumen lawatan
Rakyat asing mengambil kesempatan bekerja di pusat kesihatan dan spa sebagai tukang urut atau pelacur. Tanggapan salah terhadap industri pelancongan kesihatan. Mengembangkan aktiviti tidak bermoral.
6.
Kekurangan pegawai perubatan kerajaan/kehilangan kepakaran
Doktor dan jururawat kerajaan telah ditawarkan pendapatan yang lumayan oleh pihak hospital swasta. Hospital swasta akan mengenakan bayaran rawatan yang lebih tinggi bagi menampung kos. Hospital kerajaan pula akan kekurangan pakar perubatan.
7.
Menikmati rawatan dan kemudahan perubatan untuk rakyat tempatan.
Menerima rawatan dan kemudahan di hospital-hospital kerajaan. Memalsukan dokumen dan tidak melunaskan bil/caj perubatan.
8.
Pengamal kesihatan yang tidak diiktiraf/tidak sah
Pusat kesihatan dan kecantikan yang tidak sah. Operasi pusat kesihatan yang tidak bertanggungjawab dan hanya mengaut keuntungan peribadi. Menawarkan pelbagai pakej yang mutu rawatannya meragukan.


Penutup Golongan OKU harus diberi perhatian yang sewajarnya. Mereka perlu mencari rezeki yang halal dan diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka.
Skema : 2+2.



4. Ekosistem pesisiran pantai dan lautan sering terjejas akibat daripada aktiviti manusia yang kurang beretika dalam peningkatan kualiti hidup. Bincangkan.
Pengenalan
Lautan dan zon pesisiran pantai merupakan ekosistem seimbang dan sensitif yang sentiasa terancam oleh aktiviti manusia.
Bil.
Idea
Huraian
1
A. Aktiviti pesisir pantai
Efluen sisa toksik dari industri.
Sisa toksik termasuk semua jenis sisa bahan yang mudah terbakar, mudah menghakis. Sisa toksik dari kilang disalurkan ke laut. Hidrokarbon petroleum, logam-logam berat mencemarkan laut.
2
Pembuangan domestik
Pengguna membuang sampah ataupun sisa ke dalam sungai dan laut. Pengusaha hotel, restoran tepi pantai membuang sisa pepejal ke laut. Buangan air berminyak daripada bahan kumbahan yang tidak dirawat
3
Penebangan hutan bakau
Hutan paya bakau sebagai agen pemecah ombak dan penyaring sampah semulajadi. Pengubahan ekosistem kepada kawasan industri akuakultur (cth : udang) mengakibatkan hakisan, dan gangguan ekosistem pantai.
4
Kegiatan industri pertanian
Membuang sisa racun makhluk perosak ke sungai, laut. Penggunaan baja yang berlebihan.
5
B. Aktiviti di lautan
Tumpahan minyak
Tumpahan minyak oleh kapal tangki.aktiviti penghasilan minyak dan gas di laut .Operasi loji pembersihan minyak.
6
Ujian senjata nuklear
Negara-negara Kuasa Nuklear sering menjalankan ujian senjata nuklear di lautan. (Pasifik, kutub)
Mencemarkan lautan – radioaktif, uranium, plutonium.
7
Penangkapan ikan laut dalam
Aktiviti penangkapan laut dalam mencemarkan laut.
Penggunaan pukat harimau telah memusnahkan hidupan akuatik pra-matang.


Penutup
Secara tidak langsung akan merosakkan keindahan kawasan pelancongan dan sumber perikanan. Langkah sewajarnya perlu diambil.
Skema 2+2


BAHAGIAN C
5(a)
(i) Pemilihan kaedah yang paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan adalah berasaskan sistem francais.
(ii)
1. Suatu format pengurusan perniagaan yang lebih teratur dan mampu menguasai pasaran yang luas
2. Sistem perniagaan yang membentuk pengkongsian dalam aspek operasi, nama dagangan dan pendapatan
3. Mewujudkan suatu sistem yang seragam yang diselaraskan kepada semua ahli, pemilihan lokasi dan modal
4. Menghapuskan imej individu pemilik perniagaan
5. Sistem perniagaan yang mengamalkan konsep `menang-menang` yang memupuk budaya kerjasama
5(b)
(i) Sikap dan pengaruh rakan
(ii)
1. Permuafakatan bestari pihak sekolah – ibubapa/masyarakat – polis
2. Tindakan tegas badan disiplin dan keberkesanan Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Pemantauan Jabatan / Pejabat pelajaran
4. Program pembangunan sahsiah secara berterusan di rumah dan sekolah, cth budaya kasih sayang.
6(a)
(i) Pengubahsuaian organisma melalui proses pemindahan gen untuk menghasilkan
produk baru.
(ii)
1. Mengancam kesihatan manusia seperti penyakit kanser.
2. Teknologi menggalakkan penggunaan racun rumpai dan racun serangga berlebihan akan memusnahkan semua tumbuhan dan binatang dalam persekitaran / dan bahan-bahan lain yang memudaratkan tumbuhan dan binatang. Penggunaan pestisid dan herbasid yang berlebihan memusnahkan tumbuhan dan binatang dalam persekitaran.
3. Gen Pemusnah - teknologi memusnahkan alam sekitar semula jadi. Tanaman dan tidak mampu menghasilkan pertumbuhan baru
6(b)
(i) Apabila saluran arteri koronari menjadi sempit.
(ii)
1. Amalan pemakanan/diet yang seimbang
2. Pergerakan fizikal/senaman/psikomotor/rekreasi/Gaya hidup/ meditasi
3. Elakkan penagihan – rokok / alkohol / mengambil ubatan yang berlebihan.
4. Rawatan berkala di hospital dan klinik


BAHAGIAN B
3. Hutan negara membekalkan pelbagai sumber yang penting kepada hidupan. Aktiviti manusia telah mengancam keseimbangan biodiversiti. Justeru, hutan perlu dipulihara. Bincangkan.
Pengenalan
Hutan merupakan sumber alam yang boleh diperbaharui. Namun, kajian oleh PBB menunjukkan seluas 17 juta hektar dimusnahkan setiap tahun.
Bil
Idea
Huraian
1
A. Ancaman
Kepupusan flora dan fauna
Penerokaan hutan untuk petempatan,perkilangan, pertanian serta pembalakan.Menjejaskan sumber makanan dan tempat perlindungan hidupan liar di hutan.Menyebabkan kematian serta kepupusan hidupan liar.Pemusnahan hutan akan turut memusnahkan sumber genetik.
2
Kemusnahan kawasan tadahan hujan
Kawasan hutan digondolkan. Akar tidak dapat mencengkam tanah dan larian air permukaan menjadi deras. Struktur tanah menjadi longgar dan mengakibatkan hakisan.
3
Menjejaskan ekosistem
Pemusnahan hutan mengganggu keseimbangan oksigen dan karbon dioksida di atmosfera.
Menjejaskan proses fotosistesis. Menjejaskan hidupan lain. Berlaku perubahan iklim dunia seperti pemanasan global.
4
B. Kepentingan
Mengekalkan habitat
Pemuliharaan hutan memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.Tempat perlindungan hidupan liar dan rantaian makanan terpelihara.
5
Penyelidikan dan pembangunan
Hutan sebagai sumber penyelidikan. Menghasilkan baka baru. Menjadi disiplin ilmu baru.
6
Sumber perubatan herba
Sumber perubatan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, dan sebagainya diperoleh dari hutan.Sebagai sumber perubatan alternatif berasaskan herba.


Penutup
Tidak dapat dinafikan bahawa pemusnahan hutan menjadi isu persekitaran yang kian meruncing dan perlu diberi perhatian sewajarnya.
Skema 2+2

No comments:

Post a Comment

SMK TAMPARULI

SMK TAMPARULI
Sekolah Impian