Friday, March 13, 2009

Skema UGM Mac

1. Penerokaan angkasa lepas sememangnya berperanan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan khususnya bidang perubatan. Justeru, Malaysia tidak terkecuali dalam membangunkan teknologi aeroangkasa dengan menghantar angkasawan yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2007.Jelaskan kepentingan negara mendalami ilmu teknologi aeroangkasa serta berikan langkah-langkah untuk memajukan teknologi tersebut
Intro :

Program Angkasawan Negara telah bermula pada tahun 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Angkasawan pertama Malaysia telah berlepas ke stesen angkasa antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007

Kepentingan Teknologi Aeroangkasa :

1. Kajian Perubatan
- Kajian yang dilakukan oleh angkasawan melibatkan penyakit barah tropika dan mikrob tempatan
- ISS boleh dianggap sebagai makmal terbaik untuk mengkaji kesan mikrograviti dan psikologi manusia selama berada di angkasa lepas.
- Pemahaman tentang perkara ini adalah penting untuk misi-misi penjelajahan manusia ke planet-planet lain pada masa hadapan.

2. Cuaca
- Mengetahui perkara yang bakal berlaku seperti tsunami, keadaan cuaca dan ribut taufan.
- Membantu para pelayar tentang keadaan cuaca

3. Pengesanan Sumber Galian
- Melalui teknologi aeroangkasa sumber-sumber galian seperti petroleum, bijih timah, bijih besi dan gas asli dapat dikesan.

4. Teknologi Telekomunikasi semakin berkembang
- Seperti satelit, GPRS, penunjuk arah dan sebagainya.
- Negara akan dapat menjimat pengaliran ke luar negara kerana tidak perlu lagi menyewa saluran satelit asing. Hal ini sekali gus menjaga tahap ekonomi negara.

5. Kerjasama saintifik di ISS bukan sahaja suatu projek sebuah negara tetapi lebih mewakili pencapaian manusia sejagat
- Melibatkan kerjasama antarabangsa pada tahap tertinggi yang akan membantu kepada penjelajahan manusia seterusnya ke angkasa lepas.
- Sebagai contoh, kerjasama antara Malaysia, Amerika Syarikat dan Rusia baru-baru ini.

Langkah-langkah Untuk Memajukan Teknologi Aeroangkasa :

6. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
- Oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau badan-badan yang lain.
- Melibatkan keperluan untuk memahami bumi itu sendiri.
- Naluri ingin tahu manusia sentiasa mendesak untuk mencari fosil-fosil yang menyimpan rekod tentang kehidupan di aeroangkasa.
- Kesemua penemuan ini bakal memberikan gambaran penting tentang permulaan kehidupan ini daripada sudut pandangan sains.

7. Pendidikan
- Pengenalan mata pelajaran berkaitan aeroangkasa di sekolah dan kursus aeroangkasa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti yang diwujudkan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

8. Membawa masuk kepakaran atau teknologi asing
- Kepakaran dalam dunia aeroangkasa telah membolehkan Malaysia mendapatkan ilmu penyediaan latihan angkasawan, peralatan, pengangkutaan dan kejuruteraan aeroangkasa seperti di ISS.

9. Menghantar rakyat Malaysia untuk mendalami ilmu teknologi aeroangkasa
- Menghantar angkasawan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz.
- Menghantar para pelajar untuk mendalami ilmu kejuruteraan dalam bidang aeroangkasa di luar negara seperti Rusia dan Amerika Syarikat.

Penutup :

Program aeroangkasa penting untuk pembangunan negara.


Skema : 2 + 2

* Nota :

i. Isi pertama mesti kajian perubatan.

ii. Sekiranya tiada kajian perubatan, isi yang diterima hanya 3 sahaja. = 3 + 0
6 (b). Penyelidikan dalam bidang bioteknologi sawit dilaksanakan oleh Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka (ABBC) MPOB. Bidang penyelidikan dalam sektor perladangan boleh meningkatkan keupayaan menjana teknologi dan inovasi bagi merealisasikan matlamat kerajaan menjadi sektor berasaskan pertanian sebagai salah satu penjana ekonomi Negara…

(http://www.mpob.gov.my)


(i) Apakah peranan bidang penyelidikan dalam sektor pertanian?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-
langkah untuk meningkatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.

(i)
Apakah peranan bidang penyelidikan dalam sektor pertanian?

- Peranan bidang penyelidikan dalam sektor pertanian boleh menghasilkan teknologi dan inovasi yang lebih produktif

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah untuk meningkatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.

- Langkah meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian;

a. Bantuan kewangan daripada kerajaan
b. Pendidikan yang menekankan sains
c. Pemberian subsidi dan insentif kepada institusi yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan
d. Membawa masuk kepakaran asing
e. Pusat penyelidikan dan pembangunan



Pemarkahan Bahagian C :

Soalan (i) :

Isi : 2 markah (1 isi – 2 markah)

Soalan (ii) :

Isi : 2 markah (1 isi - 1 markah)
Huraian : 4 markah (I huraian - 2 markah)
Bahasa : 2 markah

Jumlah : 8 markah

2 comments:

  1. tq cg, blog ini amat interaktif............saya boleh merujuknya pada bila-bila masa, di mana juga

    ReplyDelete
  2. tq ciku.laman ini sungguh interaktif..

    ReplyDelete

SMK TAMPARULI

SMK TAMPARULI
Sekolah Impian