Friday, March 6, 2009

TUGASAN II Skema Pemarkahan dan Teknik Belajar Pengajian Am

Bahagian A & B
Isi : 4 M ( 1 isi 1 M)
Huraian : 12 M ( 4 X 3M)
Bahasa : 5 M
Impak : 4 M
Panduan Umum Menjawab Bahagian Esei
1. Setiap karangan mesti ada pendahuluan, huraian isi dan kesimpulan.
2. Gunakan bahasa ringkas dan padat.
3. Karangan jangan melebihi 350 pp

Pendahuluan
1. Secara umum dan boleh mengaitkan/menggambarkan kehendak soalan. Boleh menarik perhatian pemeriksa.

Huraian Isi
1. perlu ada 4 isi. 1 isi dalam 1 peranggan
2. Setiap isi perlu ada idea utama, kemudian diikuti oleh huraian dan contoh.
3. Jangan mengulangi isi.
4. 1 isi dihurai dalam lingkungi 50 – 60 pp.

Kesimpulan
Buat rumusan /pandangan tentang soalan berkenaan. Kesimpulan mesti ringkas dan menarik.

Latihan : Sila analisis kehendak soalan-soalan berikut, kemudian tuliskan karangan lengkap
1. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan.
Jelaskan penyataan ini. ( 1997-3)

2. Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan. Bincangkan penyataan ini .( 1997-4)

3. “ Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya.” Jelaskan penyataan ini.(1998-1)

4. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun, namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara berkenaan. Bincangkan(2004-S2)

5. Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai negatif. Bincangkan.(2004-S3)

6. Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan.(2005-S3)

Contoh Esei

Hukuman penjara adalah salah satu daripada beberapa cara dilakukan bagi memulihkan perilaku seseorang pesalah. Selain itu, terdapat juga cara lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi gejala jenayah hari ini. Bincangkan ( STPM 2000-S1)

Dewasa ini kesalahan jenayah semakin membimbangkan . Isu mengenai kesalahan jenayah seperti merompak, memeras ugut, kes rogol dan sebagainya sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Oleh itu, bagi menyedarkan pesalah-pesalah, mereka dikenakan hukuman penjara. Namum terdapat juga cara-cara lain untuk mengatasi masalah jenayah ini.

Hukuman penjara sememang wajar dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Melalui cara ini dapat menginsafkan para pesalah yang melakukan kesalahan. Mereka mungkin serik untuk mengulangi kesalahan yang serupa. Mereka juga akan diajar cara-cara untuk mengenali diri masing-masing. Dengan cara ini para pesalah dapat membentuk disiplin pada diri mereka. Semasa berada dalam tahanan juga setiap pesalah yang melakukan jenayah dibekalkan dengan ilmu pendidikan agama. Semua yang dilakukan ini mungkin akan membuahkan hasil. Pesalah mungkin sedar daripada kesilapan lalu.

Selain itu, masih terdapat cara lain yang boleh megatasi gejala jenayah pada masa kini, iaitu dengan memberikan didikan agama dan moral. Setiap individu dalam masyarakat sememang perlu diberi pendedahan agama yang cukup untuk menjadi panduan dan landasan dalam hidup. Ibu bapa umpamanya perlu memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka. Bak kata pepatah ’ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kemungkinan dengan cara ini menjadikan seseorang tahu memikirkan kesan baik atau buruk sebelum bertindak.

Seterusnya ialah ibu bapa memainan peranan. Mereka seharusnya mengambil tingkah laku anak-anak mereka. Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak mereka mesti mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan cuba menyelesaikan masalah yang dialami. Umpamanya remaja sering menghadapi masalah pelajaran, cinta dan sebagainya. Apabila mereka merasakan diri mereka tidak dapat mendapat perhatian daripada ibu bapa, mereka mula bosan dan keluar mencari teman di luar. Keadaan ini memudahkan mereka terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.

Pihak kerajaan juga harus memainkan peranan umpamanya memperbanyakkan lagi kelab-kelab atau persatuan. Cara ini dapat mengelakkan masyarakat terutamanya muda-mudi membuang masa dengan sia-sia. Kerajaan perlu menggalakkan mereka menyertai badan-badan seumpama ”rakan muda” yang terdiri daripada pelbagai cabang seperti rakan ,rakan waja diri, rakan rekreasi dan sebagainya. Masa yang terluang boleh dimanfaat dengan perkara yang berfaedah.

Kempen-kempen kesedaran harus digiatkan lagi semasa ke semasa. Kempen seperti pameran anti jenayah boleh dilakukan di sekolah-sekolah khasnya. Cara ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kesan yang akan timbul apabila mereka melakukan kesalahan jenayah. Namum begitu, pihak media massa mahupun media cetak boleh melakukan peranan dengan membuat liputan yang luas tentang kempen anti jenayah .Masyarakat yang sedar akan kesan jika terlibat dalam kegiatan jenayah tentu akan menjauhi perbuatan jenayah.

Kesimpulannya, kesalahan jenayah boleh dikurangkan dengan mengenakan hukuman penjara dan banyak cara lain seperti yang telah dbincangkan di atas. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan jenayah dapat dikurangkan .

Komen : Esei yang baik
Kepentingan hidupan liar kepada alam sekitar dan manusia memang tidak dapat dinafikan lagi, namum begitu bilangannya dikatakan semakin berkurangan. Huraikan bagaimana masalah kepupusan hidupan liar ini ditangani. (STPM 2002-S3)

Hidupan liar hampir wujud di seluruh dunia. Hidupan liar adalah sangat penting kepada alam dan manusia. Misalnya dalam kajian kehidupan binatang liar. Pada zaman sekarang, bilangannya didapati semakin berkurang. Masalah ini selanjutnya boleh membawa implikasi-implikasi yang tidak baik seperti kekurangan bilangan dan spesies hidupan di zoo.

Salah satu cara untuk mengatasi kepupusan hidupan ialah melalui pendidikan di sekolah. Sukatan pelajaran menekankan kepentingan hidupan kepada ekosistem bumi. Pelajar-pelajar sekolah sayang akan hidupan liar melalui didikan dari kecil lagi. Jadi , apabila pelajar-pelajar sekolah ini dewasa , mereka akan sayang kepada hidupan dan tidak melakukan sesuatu yang akan memusnahkan hidupan liar.

Selain itu, pihak kerajaan boleh menguatkuasakan akta mengharamkan penjualan barang-barang yang diperbuat daripada binatang liar. Hal ini dapat mengurangkan aktiviti pemburuan binatang kerana barang-barang buatan kulit, gading dan bulu binatang tidak dapat dijual. Justeru, tindakan ini boleh memperbaiki atau meringankan masalah kepupusan binatang.

Di samping itu, kerajaan boleh mengetatkan undang-undang bagi menghadapi masalah kepupusan binatang liar. Pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman atau denda kepada mereka yang memburu tanpa lesen. Hal ini boleh membawa hasil kerana orang yang tidak mempunyai lesen tidak akan memburu sebarangan lagi. Mereka takut didenda ataupun dihukum oleh pihak berkuasa.
Masalah kepupusan hidupan liar juga dapat ditangani sekiranya kempen-kempen sering diadakan. Pihak berkuasa perlu menganjurkan kempen kepentingan hidupan liar. Hal ini untuk menyedarkan orang ramai tantang kepentingan dan kegunaan hidupan liar ini kepada generasi akan datang. Cara ini boeh mengurangkan masalah kepupusan hidupan liar.

Hidupan liar adalah penting dalam memperkenalkan kehidupan-kehidupan binatang kepada generasi muda. Hal ini kerana dapat membantu mereka lebih memahami dan mendalami spesies-spesies binatang. Oleh itu, kita harus bekerjasama dengan kerajaan untuk membendung masalah kepupusan hidupan liar.

Komen : menyeleweng, isi –isi yang diberikan adalah laras sastera, tetapi soalan ini adalah laras sains. 1/25 M

No comments:

Post a Comment

SMK TAMPARULI

SMK TAMPARULI
Sekolah Impian